
Pemangku Ketua Polis Kluang, Abdul Razak Abdullah berkata, perintah itu dikeluarkan selepas suspek yang berusia 38 tahun mengaku salah terhadap dua pertuduhan melakukan khianat di kawasan perkuburan dan surau.
“Pertuduhan terhadap suspek dilakukan pada semalam dan hari ini sebelum mahkamah mengarahkan lelaki itu dihantar ke Hospital Permai untuk pemeriksaan psikiatri sebelum hukuman dijatuhkan.
“Kes akan disebut semula pada 15 Ogos ini. Pendakwaan dibuat di bawah Seksyen 297 Kanun Keseksaan,” katanya menurut laporan Sinar Harian.
Jika sabit kesalahan katanya, boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Beberapa batu nisan di tanah perkuburan di Kampung Melayu, Kluang dirosakkan individu tidak bertanggungjawab.