JPA tubuh pasukan khas kaji kerja 4 hari seminggu

JPA tubuh pasukan khas kaji kerja 4 hari seminggu

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Mohd Shafiq Abdullah berkata tindakan itu dibuat kerana terdapat tuntutan daripada beberapa pihak yang inginkan kerajaan melihat perkara berkenaan lebih terperinci.

Pengarah Perkhidmatan Awam Mohd Shafiq Abdullah berkata, untuk melaksanakan waktu bekerja empat hari seminggu banyak perkara perlu diperhalusi kerana bidang pekerjaan yang ada sekarang sudah pelbagai.
KUALA LUMPUR:
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menubuhkan pasukan khas bagi mengkaji pelaksanaan waktu bekerja empat hari dalam seminggu, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Mohd Shafiq Abdullah.

Beliau berkata, tindakan itu dibuat kerana terdapat tuntutan daripada beberapa pihak yang inginkan kerajaan melihat perkara berkenaan lebih terperinci.

“Jadi kita telah tubuhkan satu pasukan khas untuk melihat bagi pihak kerajaan berhubung sektor mana serta jumlah waktu minimum dan maksimum bekerja selaras dengan Akta Pekerja 1955 sebelum sebarang keputusan diambil,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Modul Integriti Penguat Kuasa (MIP) di Institut Integriti Malaysia (IIM).

Mengulas lanjut, Shafiq berkata, untuk melaksanakan waktu bekerja empat hari seminggu itu, banyak perkara perlu diperhalusi kerana bidang pekerjaan yang ada sekarang sudah pelbagai, selain jumlah hari bekerja dan masa rehat yang perlu diteliti.

“Dahulu beberapa negara di Eropah juga pernah melaksanakan cuti empat hari seminggu ini tetapi mengikut bidang kerja yang tertentu sahaja,” katanya sambil menegaskan kajian itu tidak akan mengambil masa lama.

Isu terbabit mula menjadi perhatian masyarakat apabila pada awal bulan ini sebanyak 70 syarikat melibatkan 3,000 pekerja di United Kingdom melaksanakan sistem bekerja empat hari seminggu, namun masih menerima gaji penuh untuk sebulan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.