
BUTTERWORTH: Mayat kanak-kanak lelaki yang dilaporkan hilang selepas dibawa ombak ketika mandi bersama beberapa rakannya di Pantai Bersih, semalam ditemui pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Mohd Radzi Ahmad berkata, mayat Muhammad Mikhaeil Muqmin Abdullah, 11, ditemui oleh pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada 9 pagi tadi.
“SAR yang dihentikan semalam disambung semula bermula pukul 7.30 pagi ini dan ketika operasi dijalankan membabitkan lima bot pelbagai agensi telah berjaya menemukan mayat kanak-kanak tersebut tidak jauh dari lokasi mangsa dilaporkan hilang,” katanya ketika dihubungi.
Katanya mayat kanak-kanak itu dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarganya.