Lembaga Disiplin Umno belum terima laporan rasmi berkait Tajuddin

Lembaga Disiplin Umno belum terima laporan rasmi berkait Tajuddin

Zulhasnan Rafique berkata, Lembaga Disiplin Umno tidak akan mengambil tindakan sewenang-wenangnya ke atas ahli atau pemimpin parti itu tanpa laporan rasmi.

Dalam sidang media semalam, Tajuddin Abdul Rahman secara terbuka mendesak Zahid Hamidi supaya melepaskan jawatan presiden parti, selain mendakwa hampir 130 ketua bahagian Umno mahu beliau berbuat demikian.
PETALING JAYA:
Lembaga Disiplin Umno belum menerima laporan rasmi terhadap Tajuddin Abdul Rahman, susulan dakwaan bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi itu terhadap presiden parti, Ahmad Zahid Hamidi semalam.

Pengerusinya, Zulhasnan Rafique berkata, pihaknya tidak akan mengambil tindakan sewenang-wenangnya ke atas ahli atau pemimpin parti itu tanpa sebarang laporan rasmi.

“Lembaga Disiplin Umno adalah badan penyiasatan dalaman yang akan bertindak apabila menerima laporan rasmi atau aduan.

“Lembaga Disiplin tidak akan memberi komen terhadap isu-isu melibatkan kesalahan etika ahli Umno,” katanya kepada FMT.

Zulhasnan berkata, sebarang tindakan tatatertib terhadap mana-mana ahli dan pemimpin Umno akan dimaklumkan oleh setiausaha agung parti, Ahmad Maslan.

Beliau berkata demikian susulan pendedahan Tajuddin dalam sidang media semalam yang mendakwa beliau adalah saksi bahawa Umno menghantar akuan berkanun kepada Yang Dipertuan Agong untuk menyokong Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.

Ahli Parlimen Pasir Salak itu turut secara terbuka mendesak Zahid supaya melepaskan jawatan presiden parti, selain mendakwa hampir 130 ketua bahagian Umno mahu beliau berbuat demikian.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.