
Ketua Polis Barat Daya, Kamarul Rizal Jenal, berkata kejadian berlaku pada 27 Jun lalu apabila suspek ditahan di Jalan Tun Dr Awang kerana dipercayai menggunakan telefon bimbit ketika memandu.
Katanya, suspek bagaimanapun tidak berpuas hati dan mengingkari arahan supaya tidak membuat rakaman mengenai kejadian itu menggunakan telefon bimbitnya.
“Pegawai polis itu cuba menahan suspek dan merampas telefonnya namun lelaki itu bertindak menggunakan kekerasan jenayah terhadap polis sehingga berlaku pergelutan,” katanya dalam kenyataan.
Klip video kejadian itu kemudiannya tular di media sosial.
“Suspek telah ditahan dan direman tiga hari hingga 30 Jun ini.”
Rizal berkata, suspek disiasat mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan iaitu menggunakan kekerasan jenayah untuk menakutkan penjawat awam menjalankan tugas.
“Selain itu, suspek juga disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas serta Seksyen 188 kanun sama,” katanya.