Warga emas ditemui rentung dalam kebakaran rumah kayu

Warga emas ditemui rentung dalam kebakaran rumah kayu

Menurut bomba, kebakaran melibatkan rumah seluas 40×50 kaki (12.19 x 15.24 meter) itu adalah sebanyak 80%.

Menurut bomba, api berjaya dikawal pada 8.43 malam dan tiada mangsa dilaporkan ketika itu. (Gambar Pixabay)
PETALING JAYA:
Seorang lelaki warga emas ditemui rentung dalam kebakaran di sebuah rumah kayu di Kampung Kanchong Darat, Banting, Shah Alam, malam tadi.

Menurut Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Hafisham Mohd Noor, pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran yang dipercayai mengorbankan lelaki berusia 66 tahun itu kira-kira 8.17 malam.

“Kebakaran melibatkan sebuah rumah seluas 40×50 kaki (12.19 x 15.24 meter) itu adalah sebanyak 80%. Api berjaya dikawal oleh pihak bomba pada 8.43 malam dan tiada mangsa terlibat dilaporkan setakat itu,” katanya, lapor Bernama.

Namun katanya, pada jam 9.32 malam, isteri pemilik rumah memaklumkan bahawa suaminya berada di rumah berkenaan sejak petang.

“Setelah membuat pencarian pihak bomba menemui satu mayat lelaki rentung di bahagian belakang rumah berkenaan,” katanya.

Katanya, warga emas itu dipercayai cuba keluar dari rumah tersebut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.