Tuntutan palsu RM300 juta, pengarah urusan GLC antara 4 ditahan

Tuntutan palsu RM300 juta, pengarah urusan GLC antara 4 ditahan

Tiga individu lain ditahan ialah pengarah syarikat, pengurus projek dan arkitek daripada syarikat kontraktor dan juruperunding.

Semua suspek direman enam hari bermula hari ini hingga 22 Jun selepas mendapat kebenaran Mahkamah Majistret Kuala Terengganu.
KUALA LUMPUR:
Seorang pengarah urusan sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang terlibat dalam bidang hartanah adalah antara empat individu yang ditahan kerana disyaki bersubahat membuat tuntutan palsu berkaitan projek pembangunan di pantai timur bernilai lebih RM300 juta.

Tiga lagi individu yang ditahan ialah pengarah syarikat, pengurus projek dan arkitek daripada syarikat kontraktor dan juruperunding.

Menurut sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), semua suspek ditahan berusia lingkungan 28 hingga 48 tahun.

“Tiga daripada mereka ditahan di pejabat SPRM Terengganu, manakala seorang lagi di rumahnya di ibu negara Khamis lepas, pada 12 tengah hari.

“Semua suspek kini direman selama enam hari bermula hari ini hingga 22 Jun depan setelah majistret Noor Mazrinie Mahmood membenarkan permohonan reman oleh pihak SPRM di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini,” kata sumber itu kepada Bernama.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM Hishamuddin Hashim, mengesahkan penahanan semua suspek.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.