
Pereka fesyen itu kini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif HEYHO Sdn Bhd yang menghasilkan pelbagai hidangan sedia untuk dimakan dan Dapur Mandagie, resipi sambal istimewanya, lapor The Edge Markets.
Memetik pemfailan Bursa Malaysia, portal itu melaporkan Jovian memulakan kerjayanya dalam industri fesyen pada 2006 sebelum mengembangkan perniagaan sebagai pereka pengantin dan perancang perkahwinan.
Pada 2021, Jovian dilantik oleh Cheetah Malaysia sebagai pengarah kreatif baharunya.
Pelantikan Jovian sebagai naib pengerusi dibuat seminggu selepas beliau melancarkan cawangan keempat Jovian Selcare Pharmacy yang terletak di Kompleks PKNS Shah Alam.
Syarikat itu merupakan usaha sama antara Jovian Pharma Sdn Bhd dan Selcare Pharmacy.
Caely Holdings turut mengumumkan pelantikan peguam Sandraruben Neelamagham sebagai pengarah bebas baharunya berkuat kuasa hari ini.
Sandraruben ialah felo di The Chartered Institute of Arbitrators (CIArb) dan Malaysia Institute of Arbitrators (MIArb).