Firma Singapura dibenar import ayam Malaysia

Firma Singapura dibenar import ayam Malaysia

Sebuah syarikat ayam di republik itu berkata pihaknya mempunyai surat daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia yang membenarkan eksport ayam kampung dan ayam hitam.

Sebuah syarikat ternakan di Singapura berkata ia telah dibenarkan untuk menyambung semula membawa ayam premium hidup ke republik itu, tetapi larangan import ayam pedaging komersial kekal. (Gambar Bernama)
SINGAPURA:
Malaysia telah melonggarkan larangan eksport ayam, menurut laporan The Straits Times.

Akhbar itu menyatakan sebuah syarikat ayam Singapura dibenarkan untuk menyambung semula membawa ayam premium hidup ke republik itu.

Kee Song Food Corp (S) Pte Ltd berkata syarikatnya mempunyai surat daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia, di mana kerajaan bersetuju membenarkan eksport ayam kampung dan ayam hitam.

Surat itu juga menyatakan bahawa larangan eksport ayam pedaging komersial, yang menjadi sebahagian besar daripada apa yang biasanya diimport oleh Singapura dari Malaysia, kekal.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.