Najib tidak pernah mengadu tentang akaun, pegawai AmBank beritahu mahkamah

Najib tidak pernah mengadu tentang akaun, pegawai AmBank beritahu mahkamah

Salmah Daman Huri berkata, dia hanya tahu ia adalah akaun Najib Razak selepas siasatan ke atas 1MDB bermula pada 2015.

Najib yang dibicarakan atas 25 pertuduhan salah guna kuasa dan pengubahan wang haram membabitkan dana berjumlah RM2.28 bilion. (Bernama pic)
KUALA LUMPUR:
Seorang pegawai AmBank memberitahu Mahkamah Tinggi dalam perbicaraan kes Najib Razak berkaitan 1MDB bahawa, bekas perdana menteri itu tidak memfailkan sebarang aduan terhadap bank berkenaan mengenai cara mereka mengendalikan akaunnya.

Salmah Daman Huri berkata demikian ketika ditanya oleh Timbalan Pendakwa Raya Najwa Bistamam mengenai transaksi dalam dua akaun bank Najib dari 2009 hingga 2015.

Dia memberitahu mahkamah minggu lalu bahawa, dia menukar lebih USD710 juta kepada ringgit untuk akaun peribadi seorang pelanggan antara 2012 dan 2013. Bagaimanapun, dia tidak menamakan pelanggan VIP yang menerima sejumlah besar wang asing itu.

Menyambung semula keterangan hari, Salmah berkata, dia menukar sebanyak £8.7 juta kepada ringgit yang didepositkan ke dalam akaun pelanggan itu antara Oktober 2014 dan Disember 2014.

Ditanya oleh peguam Najib, Wan Aizudin Wan Mohamed, sama ada dia tahu siapa “pelanggan VIP”, dia berkata tidak.

“Saya hanya tahu akaun itu adalah akaun beliau (Najib) selepas siasatan ke atas 1MDB bermula (pada 2015),” katanya.

Dia juga berkata, akaun Najib dibuka di bawah unit perbankan AmPrivate bank di mana butiran peribadi pelanggan, seperti nama mereka, dirahsiakan.

“Mereka perlu menjadi individu memiliki “aset bersih bernilai tinggi’,” katanya.

Salmah berkata, AmBank tidak mengeluarkan sebarang “amaran” mengenai transaksi Najib kepada Bank Negara Malaysia (BNM) semasa beliau memegang akaun di bank itu.

Najib dibicarakan atas 25 pertuduhan salah guna kuasa dan pengubahan wang haram membabitkan dana berjumlah RM2.28 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun AmBanknya antara Februari 2011 dan Disember 2014.

Perbicaraan itu berlangsung di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.