Lebih 1,000 pusat jagaan tak berdaftar

Lebih 1,000 pusat jagaan tak berdaftar

Menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat berkata pihaknya sejak Januari tahun ini mengarahkan supaya dilakukan pemutihan bagi mendapatkan data jumlah pusat jagaan berdaftar dan tidak berdaftar.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Rina Harun melawat Rumah Kanak-Kanak Mini Ulu Tiram, Johor Bahru. (Gambar Bernama)
JOHOR BAHRU:
Terdapat 1,028 pusat jagaan bawah penyelenggaraan badan bukan kerajaan (NGO) dan persendirian didapati tidak berdaftar dan telah diberikan peringatan, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Rina Harun.

Beliau berkata, kementeriannya sejak Januari tahun ini telah mengarahkan supaya dilakukan pemutihan bagi mendapatkan data jumlah pusat jagaan yang berdaftar dan tidak berdaftar, dan pada Februari hingga 31 Mac mendapati, 1,028 pusat jagaan tidak berdaftar manakala yang berdaftar sebanyak 1,910.

“(Daripada jumlah 1,028) sebanyak 38 (daripadanya) telah diperakui pendaftaran, 57 berhenti operasi, lapan disita, 35 kompaun dan satu didakwa,” katanya pada sidang media selepas melawat Rumah Kanak-Kanak Mini Ulu Tiram.

Rina pada masa sama menjelaskan, kementeriannya juga bersedia untuk membentangkan cadangan dan gerak kerja kepada mesyuarat Jemaah Menteri, untuk menubuhkan Jawatankuasa Kabinet Melindungi Golongan Rentan.

Beliau berkata, jawatankuasa itu yang akan dipengerusikan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, akan meneliti secara menyeluruh isu berkaitan pusat jagaan termasuk pusat jagaan kanak-kanak, anak yatim, orang kurang upaya, warga emas serta pusat tahfiz, dan beliau mengharapkan agar ia dapat dilaksanakan dengan kadar segera.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.