
Setakat 7 pagi tadi, portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memaklumkan semua 30 PPS yang beroperasi itu membabitkan tiga daerah iaitu Serian, Bintulu dan Sibu.
Daripada jumlah itu, sebanyak 25 PPS beroperasi di Serian manakala tiga di Bintulu dan satu di Sibu, lapor Berita Harian.
Berdasarkan maklumat itu juga, mangsa banjir di daerah terjejas dan berlindung di PPS itu membabitkan sebanyak 600 keluarga.
Sarawak dilanda banjir sejak 31 Disember lalu apabila beberapa kawasan di sekitar bandar raya Kuching dinaiki air susulan hujan lebat berterusan.
Info Bencana JKM turut memaklumkan tiada negeri lain selain Sarawak yang ketika ini terjejas akibat banjir.