Simpan 10,000 pil kuda, remaja ditahan

Simpan 10,000 pil kuda, remaja ditahan

Suspek cuba melarikan diri ketika anggota PGA8 mahu menghampirinya, namun berjaya ditahan selepas berlaku sedikit pergelutan.

Suspek serta barang rampasan diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas untuk siasatan lanjut. (Gambar PGA8)
KOTA BHARU:
Anggota Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA8) berjaya merampas sebanyak 10,000 biji pil kuda, selepas menahan seorang remaja lelaki berusia 19 tahun di Rantau Panjang, Pasir Mas, kelmarin.

Pegawai Pemerintah Medan Op Wawasan Kelantan K. Ramesh berkata suspek cuba melarikan diri ketika anggotanya ingin menghampirinya pada pukul 11.30 malam, namun berjaya ditahan selepas berlaku sedikit pergelutan.

“Pemeriksaan ke atas suspek telah menjumpai lima bungkusan plastik lut sinar yang mengandungi pil-pil kemerahan, dipercayai pil kuda berjumlah 10,000 biji.

“Jumlah keseluruhan nilai rampasan termasuk sehelai baju adalah RM100,050,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Beliau berkata suspek serta barang rampasan diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas untuk siasatan lanjut, dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.