Halang Ahli Parlimen ada kes mahkamah bersidang tindakan zalim, kata Ahmad Maslan

Halang Ahli Parlimen ada kes mahkamah bersidang tindakan zalim, kata Ahmad Maslan

Setiausaha Agung Umno berkata, cadangan itu melanggar prinsip asas ‘tidak bersalah sehingga diputuskan benar-benar bersalah’ dan beban pembuktian ‘di luar keraguan munasabah’.

Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan berkata, ajar untuk Ahli Parlimen dibenar meneruskan tugas di kawasan dan di Dewan Rakyat sehinggalah Mahkamah tertinggi iaitu Mahkamah Persekutuan membuat keputusan.
PETALING JAYA:
Cadangan reformasi Parlimen untuk meminda akta bagi melarang atau membenarkan Ahli Parlimen yang dituduh di mahkamah untuk bersidang dianggap satu tindakan zalim, kata Ahmad Maslan.

Setiausaha Agung Umno itu berkata, cadangan itu melanggar prinsip asas ‘tidak bersalah sehingga diputuskan benar-benar bersalah’ dan beban pembuktian ‘di luar keraguan munasabah’.

“Jangan ditambah kezaliman kepada mereka yang mungkin sedang dizalimi,” katanya di Twitter, hari ini.

Beliau bagaimanapun berkata, setakat ini perkara itu masih di peringkat cadangan yang belum dibentang dan dibincang bersama Ahli Parlimen yang lain.

“Hukuman pula boleh dirayu hingga ke Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan. Sehinggalah Mahkamah Persekutuan membuat keputusan, seseorang itu masih berpeluang untuk didapati tidak bersalah atau bersalah.

“Tidak kiralah seseorang itu Ahli Parlimen Kerajaan atau Pembangkang atau rakyat biasa, negara ini tertakluk kepada prinsip ‘innocent until proven guilty’, katanya

Justeru, katanya wajar untuk Ahli Parlimen dibenar meneruskan tugas di kawasan dan di Dewan Rakyat sehinggalah Mahkamah tertinggi iaitu Mahkamah Persekutuan membuat keputusan.

Beliau berkata, Ahli Parlimen yang terkait kes mahkamah tidak boleh dihalang daripada mengambil bahagian, mengundi dalam sidang di Dewan Rakyat dan berkhidmat di kawasannya selama tempoh perbicaraan, susulan terlalu kerap sesuatu kes mengambil keputusan yang lama.

Terdahulu, media melaporkan, Kabinet bersetuju dengan cadangan melaksana reformasi Parlimen termasuk meminda Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952 (Akta 347) sama ada melarang atau membenarkan Ahli Parlimen yang dituduh di mahkamah, digantung daripada menghadiri persidangan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, perkara itu masih diperhalusi untuk disesuaikan dengan perkembangan dan peraturan sedia ada Dewan Rakyat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.