
Gjeblehim Bong Teck Fuu, 31, mengaku tidak bersalah sebagai orang yang mempunyai hubungan amanah iaitu jurulatih didakwa melakukan perbuatan itu terhadap mangsa yang juga pelatihnya.
Menurut laporan Bernama, bekas atlet negara itu didakwa melakukan kesalahan itu sekitar Februari lepas di sebuah rumah di Taman Kajang Mewah, Kajang, Selangor.
Dia dituduh mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang dibaca bersama Seksyen 16(1) akta sama. Jika sabit kesalahan dia boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan.
Hakim Wan Aima Naziha Wan Sulaiman membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 25 Julai depan untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Shazwani Abdullah manakala tertuduh diwakili peguam Michelle Liu dan Vam Shir Mooi.