KJ dilantik salah seorang naib presiden Perhimpunan Kesihatan Dunia ke-75

KJ dilantik salah seorang naib presiden Perhimpunan Kesihatan Dunia ke-75

Menteri Kesihatan itu dilantik bersama-sama calon yang mewakili empat negara lain iaitu Bulgaria, Indonesia, Togo dan Amerika Syarikat.

Khairy Jamaluddin akan mewakili wilayah Pasifik Barat yang terdiri daripada 37 buah negara yang mewakili satu perempat daripada populasi dunia.
KUALA LUMPUR:
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dilantik sebagai seorang daripada lima naib presiden Perhimpunan Kesihatan Dunia ke-75 yang sedang berlangsung di Geneva, Switzerland.

Khairy dilantik bersama-sama calon yang mewakili empat negara lain, iaitu Bulgaria, Indonesia, Togo dan Amerika Syarikat.

Video pengumuman itu dikongsikan oleh Menteri Kesihatan itu kepada media tempatan, malam tadi.

Sementara itu, penasihat kepada Menteri Kesihatan Dimishtra Sittampalam dalam catatannya di Twitter mengesahkan pelantikan Khairy.

“Khairy akan mewakili wilayah Pasifik Barat yang terdiri daripada 37 buah negara yang mewakili satu perempat daripada populasi dunia,” katanya

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.