Lebih 1.1 juta kanak-kanak lengkap vaksin Covid-19

Lebih 1.1 juta kanak-kanak lengkap vaksin Covid-19

Menurut laman sesawang CovidNow, seramai 2,909,039 atau 93.5% remaja berusia 12 hingga 17 tahun lengkap divaksin.

Seramai 1,671,828 atau 47.1% kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
KUALA LUMPUR:
Seramai 1,111,499 atau 31.3% kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun di negara ini lengkap divaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan untuk Kanak-kanak (PICKids) setakat semalam.

Menurut laman sesawang CovidNow, seramai 1,671,828 atau 47.1% kanak-kanak kumpulan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, seramai 2,909,039 atau 93.5% lengkap divaksin, manakala 3,005,679 atau 96.6% daripada kumpulan sama menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sementara itu, seramai 16,078,909 atau 68.3% golongan dewasa menerima dos penggalak, manakala 22,972,623 atau 97.6% lengkap dua dos dan 23,248,575 atau 98.8% menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Bagi pemberian dos harian pula, sebanyak 20,860 dos vaksin Covid-19 diberikan semalam melibatkan 7,296 dos pertama, 12,179 dos kedua dan 1,385 dos penggalak, menjadikan keseluruhan pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan sebanyak 70,784,541.

Menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, tiga kematian Covid-19 direkodkan semalam dengan dua kes di Johor dan satu lagi di Pahang.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.