Penganggur cederakan remaja OKU didenda RM1,000

Penganggur cederakan remaja OKU didenda RM1,000

Mohamad Hidayat didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada mangsa yang berusia 13 tahun di Taman Tasik Taiping kira-kira pukul 2.15 pagi, 7 Mei lepas.

Penganggur Mohamad Hidayat Hamzah, 22, didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada mangsa yang berusia 13 tahun di Taman Tasik Taiping kira-kira pukul 2.15 pagi, 7 Mei lepas. (Gambar Bernama)
TAIPING:
Seorang penganggur didenda RM1,000 atau penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku bersalah sengaja menyebabkan kecederaan terhadap seorang remaja kurang upaya di Taman Tasik Taiping Sabtu lepas.

Majistret Nurfarah Syahidah Mohd Noh menjatuhkan hukuman itu selepas Mohamad Hidayat Hamzah, 22, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan kepadanya.

Mohamad Hidayat didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada mangsa yang berusia 13 tahun di Taman Tasik Taiping kira-kira pukul 2.15 pagi, 7 Mei lepas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau dengan denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Siti Nur Amalina Harun mengendalikan pendakwaan manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kerajaan (YBGK) Ng Wei Jun.

Keluarga tertuduh kemudiannya membayar denda yang dikenakan.

Sabtu lepas, polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes seorang remaja kurang upaya dipercayai ditampar dan dibuli di kawasan Taman Tasik Taiping.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.