RUU anti-lompat parti: Laksana secara berperingkat, tangani budaya lompat dulu, kata Gobind

RUU anti-lompat parti: Laksana secara berperingkat, tangani budaya lompat dulu, kata Gobind

Ahli Parlimen Puchong daripada DAP berkata mulakan dengan menggubal undang-undang mengenai lompat parti yang jelas.

Gobind Singh Deo berkata, RUU anti-lompat parti perlu dijadikan pindaan Perlembagaan yang turut melibatkan ahli Parlimen yang meninggalkan parti selepas menang pilihan raya.
PETALING JAYA:
Pelaksanaan rang undang-undang (RUU) anti-lompat parti perlu dilakukan secara berperingkat dan langkah permulaan dengan cara menangani budaya lompat.

Timbalan Pengerusi DAP, Gobind Singh Deo berkata, langkah lain termasuk mengambil kira proses mengadakan pilihan raya umum.

“Mulakan dengan menggubal undang-undang mengenai lompat parti yang jelas, kemudian kita perlu melihat prosedur pemilihan semula,” katanya menurut laporan Astro Awani.

Tonton video di sini.

Katanya, RUU anti-lompat parti perlu dijadikan pindaan Perlembagaan yang turut melibatkan ahli Parlimen yang meninggalkan parti selepas menang dalam pilihan raya.

Langkah itu bertujuan menjimatkan masa berikutan proses menjalankan semula pilihan raya yang mengambil masa dan akan menyebabkan kelewatan.

“Langkah paling sesuai adalah memasukkan semua faktor dalam rang undang-undang supaya ia hanya melibatkan satu pindaan Perlembagaan.

“Apa yang menjadi persoalan ialah sama ada kita mampu atau tidak untuk melakukannya tepat masa,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.