Lebih 860,000 kanak-kanak lengkap vaksinasi Covid-19

Lebih 860,000 kanak-kanak lengkap vaksinasi Covid-19

Sebanyak 24.5% kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun telah melengkapkan vaksinasi bawah Program Imunisasi Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.

KUALA LUMPUR:
Sebanyak 868,859 atau 24.5% kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun telah melengkapkan vaksinasi bawah Program Imunisasi Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.

Berdasarkan laman web Covid Now, sebanyak 1,536,766 atau 43.3% kanak-kanak dalam kumpulan sama telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, sebanyak 2,894,533 atau 93% telah lengkap vaksinasi manakala 2,992,178 atau 96.1% menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sejumlah 16,035,520 atau 68.2% golongan dewasa telah menerima dos penggalak manakala 22,967,185 atau 97.6% telah lengkap dua dos dan 23,243,448 (98.8%) sekurang-kurangnya menerima satu dos vaksin.

Sebanyak 12,380 dos vaksin Covid-19 diberikan semalam melibatkan 1,847 dos pertama, dos kedua (10,015), dan dos penggalak (518), menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 70,325,128.

Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, lima kematian akibat COVID-19 dilaporkan semalam dengan tiga kes dilaporkan di Selangor manakala masing-masing satu di Sarawak dan Perak.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.