IPT tidak dibenar naik yuran, kata KPT

IPT tidak dibenar naik yuran, kata KPT

Bagi universiti awam (UA) ketika ini, kerajaan masih menanggung sepenuhnya kos operasi mereka.

IPT tidak dibenarkan menaikkan yuran pengajian kerana berikutan penetapan moratorium ke atas kenaikan yuran sejak semester kedua sesi akademik 2019/2020.
PETALING JAYA:
Institut Pengajian Tinggi (IPT) tidak dibenarkan menaikkan yuran masing-masing berikutan penetapan moratorium ke atas kenaikan yuran sejak semester kedua sesi akademik 2019/2020.

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) berkata, pihaknya menetapkan moratorium ke atas kenaikan yuran susulan penularan pandemik Covid-19 ketika itu.

Ia atas dasar keprihatinan dan cakna kebajikan rakyat khususnya para pelajar ketika negara baru sahaja memasuki fasa peralihan ke endemik.

KPT turut memaklumkan kerajaan masih mampu menanggung sepenuhnya kos operasi bagi universiti awam (UA) ketika.

“Sumber kewangan yang disediakan oleh kerajaan masih mampu untuk membolehkan UA melaksanakan tanggungjawab dalam memberikan pendidikan kepada warganegara,” menurut laporan Bernama.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.