
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3.15 pagi.
Katanya, seramai 18 pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taman Tas, BBP Kuantan dan BBP Indera Mahkota dengan empat jentera dikejarkan ke tempat kejadian.
“Berdasarkan laporan, kebakaran membabitkan dua rumah semi D separuh kekal, masing-masing hangus 100% dan 90%.
“Enam mangsa terbabit termasuk seorang kanak-kanak dua tahun maut di tempat kejadian dan seorang lelaki dewasa melecur 50% sementara seorang lelaki, dua wanita dan seorang bayi perempuan berusia lapan bulan turut cedera,” katanya menurut laporan Berita Harian.
Beliau berkata, kebakaran itu juga membabitkan tiga kenderaan dengan satu kenderaan hangus manakala dua lagi mengalami kerosakan teruk.
Setakat ini, punca kejadian dan kerugian masih dalam siasatan,” katanya.