Cederakan ibu bapa guna pedang samurai, lelaki diarah jalani penilaian psikiatri

Cederakan ibu bapa guna pedang samurai, lelaki diarah jalani penilaian psikiatri

Hakim mengarahkan Muhammad Aiman Suhaimi yang mengaku tidak bersalah mencederakan ibu bapanya guna pedang samurai supaya dirujuk ke Hospital Bahagia Ulu Kinta.

Muhammad Aiman Suhaimi, 30, didakwa di Mahkamah Sesyen
Muhammad Aiman Suhaimi di Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Mahkamah Sesyen Ipoh mengarahkan lelaki yang didakwa mencederakan ibu bapanya menggunakan pedang samurai hingga parah supaya menjalani penilaian psikiatri.

Bernama melaporkan Hakim Ainul Shahrin Mohamad mengarahkan Muhammad Aiman Suhaimi, 30, yang mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan itu supaya dirujuk ke Hospital Bahagia Ulu Kinta.

Dia didakwa menyebabkan Suhaimi Dawi, 58, dan Shahaliza Ahmad Hashim, 58, cedera parah menggunakan pedang samurai di sebuah rumah di Bandar Baru Putra dalam daerah Kinta pada 6.30 pagi 26 Dis lalu.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 326/326A Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat, manakala Seksyen 326A memperuntukkan hukuman penjara dua kali ganda tempoh maksimum yang boleh dikenakan atas sabitan kesalahan itu.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 30 Jan depan.

Polis pada 26 Dis lalu mengesahkan penahanan seorang lelaki kerana mengamuk dan mencederakan dua ahli keluarganya di sebuah rumah di Bandar Baru Putra.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.