Disyaki dera 2 anak tiri, lelaki positif dadah ditahan

Disyaki dera 2 anak tiri, lelaki positif dadah ditahan

Polis berkata, hasil ujian saringan awal air kencing terhadap suspek mendapati dia positif dadah jenis Methamphetamine.

Polis menahan suspek di rumahnya di Jalan Sungai Petani, Alor Setar pada 3.30 petang tadi.
PETALING JAYA:
Polis menahan seorang lelaki hari ini kerana disyaki mendera dua anak tirinya yang berusia enam dan lapan tahun sehingga mengalami kesan lebam.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, suspek ditahan di rumahnya di Jalan Sungai Petani, Alor Setar pada 3.30 petang tadi.

“Hasil ujian saringan awal air kencing terhadap suspek mendapati dia positif dadah jenis Methamphetamine,” katanya dalam kenyataan yang dipetik Berita Harian.

Terdahulu, media melaporkan kesan lebam di pipi kiri dan kanan seorang murid perempuan lapan tahun membongkar dia dan adiknya menjadi mangsa dera bapa tiri mereka.

Kejadian itu disedari guru kelas tahun dua sebuah sekolah kebangsaan di Alor Setar, selepas ternampak kesan lebam pada pipi mangsa seperti dipukul ketika dalam kelas semalam.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.