Kumpulan berusia tak berminat ambil dos penggalak, kata kajian

Kumpulan berusia tak berminat ambil dos penggalak, kata kajian

Sejumlah 56% daripada 1,914 responden, berkata mereka berkemungkinan meneruskan pengambilan dos penggalak Covid-19, manakala 32% lagi masih di atas pagar.

Majoriti responden yakin vaksin melindungi kesihatan mereka, selain meningkatkan kesejahteraan hidup.
PETALING JAYA:
Rakyat Malaysia berusia 60 tahun dan ke atas didapati kurang berminat untuk meneruskan pengambilan vaksin bagi vaksin mengekang Covid-19, berbanding kumpulan umur berbeza, kata satu kajian.

“Kemungkinan untuk mereka terus mendapatkan vaksin adalah yang terendah dalam kalangan kumpulan umur yang mudah terdedah, iaitu mereka berusia 60 tahun dan ke atas,” kata kajian berkenaan.

Kajian terbabit yang menganalisis data membabitkan 1,914 rakyat Malaysia dewasa yang menetap di kawasan bandar, dilakukan oleh syarikat kajian pasaran, Ipsos Malaysia, dengan kerjasama Monash University, Sunway University dan Universiti Sains Malaysia, pada Januari.

Ia bertujuan mengenal pasti sama ada rakyat negara ini berhasrat untuk terus mendapatkan dos penggalak, selain faktor motivasi menyumbang ke arah itu.

Keseluruhannya, kajian berkenaan mendapati, sejumlah 56% responden, berkata mereka berkemungkinan meneruskan pengambilan dos penggalak Covid-19, manakala 32% lagi masih di atas pagar.

“Memandangkan perbincangan berhubung dos penggalak mula terbentuk, cabaran utama adalah mendapatkan masyarakat awam berterusan mengambil vaksinasi, terutama bagi kumpulan berumur yang mudah terdedah.

“Ketika ini, keinginan untuk terus mendapatkan vaksinasi adalah rendah dalam kalangan rakyat,” katanya kajian berkenaan.

Data juga menunjukkan, responden yang tidak pernah dikesan positif Covid-19, kurang berminat untuk terus mendapatkan dos penggalak, berbanding mereka yang pernah dijangkiti.

Majoriti responden yakin vaksin melindungi kesihatan mereka dan meningkatkan kesejahteraan hidup. Ramai responden berkenaan menjadikan vaksin sebagai syarat untuk mereka meneruskan aktiviti harian.

Bagaimanapun, peratusan tinggi menyatakan kesihatan dan kesejahteraan hidup menjadi faktor pendorong untuk berterusan mengambil dos penggalak.

Kajian terbabit juga mendapati, strategi jangka pendek untuk mendapatkan dos penggalak tambahan menjadikan kehidupan penerima lebih mudah, seperti dapat makan di restoran dan melancong, mungkin menjadi penggerak kepada populasi berterusan mendapatkan vaksinasi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.