
KKM turut melaporkan 6,968 kes Covid-19 meliputi 6,936 penularan tempatan dan 32 kes import.
Daripada jumlah kematian itu, lapan kes diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).
Jumlah kumulatif kematian kini mencecah angka 35,465.
Pulau Pinang mencatatkan angka kematian tertinggi, iaitu empat kes, Kedah dan Perak (masing-masing tiga), Johor dan Selangor (masing-masing dua) serta Sabah dan Kuala Lumpur (masing-masing satu).
Tiada kes kematian dilaporkan di Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, Sarawak, Terengganu, Labuan dan Putrajaya.
Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 90,724 kes aktif Covid-19 dilaporkan, termasuk 97 yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 63 memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sebanyak 8,267 kes sembuh turut dilaporkan.
Jumlah kumulatif kes Covid-19 direkodkan di negara ini kini ialah 4,409,202.