16 kematian baharu Covid-19, 7,140 kes

16 kematian baharu Covid-19, 7,140 kes

Sebanyak empat kes diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID) semalam.

16 kes kematian Covid-19 direkodkan semalam dengan empat diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital.
PETALING JAYA:
Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 16 kes kematian Covid-19 semalam, menurut perincian dikeluarkan GitHub.

KKM turut melaporkan 7,140 kes Covid-19 meliputi 6,876 penularan tempatan dan 264 kes import.

Daripada jumlah kematian itu, empat korban diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).

Jumlah kumulatif kematian kini mencecah angka 35,437.

Selangor mencatatkan angka kematian tertinggi, iaitu lima kes, diikuti Johor (tiga), Kedah, Pulau Pinang dan Terengganu (masing-masing dua) serta Perak dan Sarawak (masing-masing satu).

Tiada kes kematian dilaporkan di Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, Sabah, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 96,601 kes aktif Covid-19 dilaporkan, termasuk 110 yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 68 memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sebanyak 14,423 kes sembuh turut dilaporkan.

Jumlah kumulatif kes Covid-19 direkodkan di negara ini kini ialah 4,396,165.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.