
KPS berkata, penerimaan bertulis itu telah disampaikan Sprint Holdings kepada Amanat Lebuhraya Rakyat Bhd (ALR) – pembuat tawaran – hari ini.
“Sprint Holdings dijangka memulakan perundingan dengan ALR untuk memuktamadkan terma dan syarat perjanjian definitif itu bagi cadangan menjual dan melaksanakan perjanjian definitif tersebut,” katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia.
Pada 4 April lalu, KPS mengumumkan Sprint Holdings menerima surat tawaran ALR untuk mengambil alih seluruh kepentingan ekuiti Sprint pada harga kira-kira RM1.81 bilion.
ALR adalah syarikat awam berhad yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016 dan mempunyai mandat daripada kerajaan Malaysia bagi cadangan penstrukturan semula konsesi lebuh raya bertol tertentu.