Polis tak temui tanda kanak-kanak diliwat, dirogol bapa kandung

Polis tak temui tanda kanak-kanak diliwat, dirogol bapa kandung

Ketua Polis Arau Ahmad Mohsin Md Rodi berkata laporan perubatan tidak menunjukkan sebarang tanda kanak-kanak itu diperlakukan sedemikian.

Pada Rabu, polis menahan seorang lelaki yang juga penganggur kerana dipercayai melakukan seks luar tabii terhadap anak perempuannya berusia empat tahun. (Gambar Freepik)
PETALING JAYA:
Polis tidak menemui sebarang tanda menunjukkan kanak-kanak perempuan berusia empat tahun yang diliwat atau dirogol bapanya, dalam kejadian di Arau, Perlis.

Ketua Polis Arau Ahmad Mohsin Md Rodi, berkata laporan perubatan diperolehi tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda kanak-kanak terbabit diliwat atau dirogol oleh bapanya yang juga penganggur.

Katanya, laporan terbabit telah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk diteliti bagi mendapatkan arahan selanjutnya.

“Suspek masih menjalani perintah reman sehingga 18 Apr ini. Jadi, kita masih menanti keputusan daripada timbalan pendakwa raya sama ada suspek dibebaskan atau diteruskan dengan pertuduhan.

“Kalau timbalan pendakwa raya bersetuju kes ini tiada tindakan lanjut, suspek akan dibebaskan,” katanya menurut laporan Sinar Harian.

Pada Rabu, polis menahan seorang penganggur kerana dipercayai melakukan seks luar tabii terhadap anak perempuannya yang berusia empat tahun, di sebuah rumah di Arau.

Suspek berusia 51 tahun itu ditahan selepas polis mendapat maklumat mengenai kejadian daripada nenek mangsa yang tinggal bersebelahan rumah lelaki berkenaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.