
Ahli Parlimen Ketereh itu turut mencadangkan Ismail dilantik sebagai pengarah utama jentera pilihan raya BN.
“Saya berpandangan sudah tiba masanya YAB Perdana Menteri turut diberi amanah sebagai pengerusi Barisan Nasional dan pengarah utama jentera pilihan raya BN.
Katanya, sebagai calon perdana menteri, Ismail perlu diberi ruang seluasnya untuk mencorak pentadbiran.
Annuar mengemukakan cadangan itu selepas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) semalam sebulat suara mencadangkan Ismail sebagai calon perdana menteri parti itu bagi menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
“Ismail perlu diberi seluas-luas ruang untuk mencorakkan pentadbiran yang mampu membawa ‘order baru’ politik negara yang lebih segar, bersih, berintegriti dan mampu memulihkan negara,” katanya dalam kenyataan.
Dalam pada itu, Annuar juga mengucapkan tahniah kepada Zahid dan barisan kepimpinan MKT atas keputusan semalam.
“Keputusan ini membolehkan Ismail menumpukan perhatian dan mengerahkan seluruh kekuatan bagi mengembalikan semula kekuatan Umno serta memulihkan keyakinan rakyat.
“Saya percaya keputusan ini disambut dengan penuh kesyukuran,” katanya.