22 kematian baharu Covid-19, 10,052 kes

22 kematian baharu Covid-19, 10,052 kes

Sebanyak enam kes diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID) semalam.

22 kes kematian Covid-19 direkodkan semalam dengan enam diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital.
PETALING JAYA:
Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 22 kes kematian Covid-19 semalam, menurut perincian dikeluarkan GitHub.

KKM turut melaporkan 10,052 kes Covid-19 meliputi 10,031 penularan tempatan dan 21 kes import.

Daripada jumlah kematian itu, enam kes diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).

Jumlah kumulatif kematian kini mencecah angka 35,363.

Selangor mencatatkan angka kematian tertinggi, iaitu tujuh kes, diikuti Melaka dan Perak (masing-masing tiga), Johor, Kedah dan Pahang (masing-masing dua) serta Kelantan, Sabah dan Kuala Lumpur (masing-masing satu).

Tiada kes kematian dilaporkan di Negeri Sembilan, Perlis, Pulau Pinang, Sarawak, Terengganu, Labuan dan Putrajaya.

Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 120,592 kes aktif Covid-19 dilaporkan, termasuk 161 yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 99 memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sebanyak 15,893 kes sembuh turut dilaporkan.

Jumlah kumulatif kes Covid-19 direkodkan di negara ini kini ialah 4,352,611.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.