
KKM turut melaporkan 8,112 kes Covid-19 meliputi 8,087 penularan tempatan dan 25 kes import.
Daripada jumlah kematian itu, empat kes diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).
Jumlah kumulatif kematian kini mencecah angka 35,292.
Sarawak mencatatkan angka kematian tertinggi, iaitu lima kes, diikuti Perak (dua) serta Johor, Kedah, Kelantan, Selangor dan Kuala Lumpur (masing-masing satu).
Tiada kes kematian dilaporkan di Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Terengganu, Labuan dan Putrajaya.
Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 145,798 kes aktif ovid-19 dilaporkan, termasuk 174 yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 110 memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sebanyak 15,765 kes sembuh turut dilaporkan.
Jumlah kumulatif kes Covid-19 direkodkan di negara ini kini ialah 4,325,818.