Ketua jabatan bertanggungjawab laksana perintah mahkamah kes tuntutan nafkah

Ketua jabatan bertanggungjawab laksana perintah mahkamah kes tuntutan nafkah

Ketua pengarah perkhidmatan awam, hari ini, berkata langkah itu selaras hasrat kerajaan memelihara kebajikan wanita dan anak terkesan susulan penceraian.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Mohd Shafiq Abdullah, dalam surat edaran ditandatangani, hari ini, menegaskan ketua jabatan perlu melaksanakan arahan pemotongan gaji diputuskan mahkamah syariah dalam kes tuntutan nafkah.
KUALA LUMPUR:
Ketua jabatan bertanggungjawab mengambil tindakan terhadap sebarang perintah terutamanya arahan pemotongan gaji diputuskan mahkamah syariah ke atas penjawat awam di bawah seliaan mereka, khususnya dari aspek pembayaran nafkah.

Menerusi surat edaran ditandatangani Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Mohd Shafiq Abdullah, hari ini, langkah itu selaras hasrat kerajaan dalam memelihara kebajikan wanita dan anak terkesan susulan masalah penceraian.

“Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing masing, arahan ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semua perkhidmatan awam negeri, pihak berkuasa berkanun dan pihak berkuasa tempatan,” katanya.

Pada 8 Mac lalu, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, dalam ucapan perasmian sempena Majlis Sambutan Hari Wanita, mengumumkan bahawa dalam membantu golongan wanita yang terkesan disebabkan isu penceraian, kerajaan telah meminda Akta Pembiayaan Kewangan yang membolehkan pihak bank membekukan akaun bank suami atas arahan mahkamah.

Selaras pindaan itu, pihak bank juga dibenarkan membuat bayaran daripada akaun suami yang telah dibekukan tersebut kepada isteri sekiranya isteri ada membuat tuntutan melibatkan wang ringgit di mahkamah melalui kaedah dikenali sebagai Hiwalah.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.