MB Perlis umum pemotongan gaji

MB Perlis umum pemotongan gaji

Menteri Besar Abu Bakar Hamzah mengumumkan pemotongan gaji sendiri dan exco.

Menteri Besar Abu Bakar Hamzah mengumumkan pemotongan gaji supaya rakyat Perlis boleh lihat ‘kita bersama mereka’. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Menteri besar Perlis baharu, Abu Bakar Hamzah, mengumumkan pemotongan gaji sendiri sebanyak RM3,000 setiap bulan, dan RM1,500 sebulan bagi exco yang akan dilantik.

Abu Bakar dilapor berkata pemotongan ini supaya rakyat Perlis boleh melihat ‘kita bersama mereka’.

“Ini antara pengorbanan yang cuba kita buat untuk memajukan negeri dan keadaan ini akan beralih apabila keadaan ekonomi kita berjalan elok, sempurna dan sebagainya,” katanya lapor Berita Harian.

Abu Bakar dilapor berkata Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri akan dirombak.

Ketua Bersatu Perlis, Abu Bakar, mengangkat sumpah sebagai menteri besar Perlis ke-12, semalam, menggantikan Adun Sanglang Shukri Ramli yang meletak jawatan pada Khamis atas alasan kesihatan.

Beliau sebelum ini memegang jawatan exco pelancongan dan kebudayaan Perlis di bawah pentadbiran Shukri.

Pelantikan beliau dibuat ketika Perlis berdepan krisis politik, apabila lapan Adun Perikatan Nasional (PN) dilaporkan mengemukakan akuan bersumpah kepada Raja Perlis bagi menarik balik sokongan terhadap Shukri, yang merupakan wakil PAS.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.