Kenyataan dakwa KP JPA disiasat palsu, kata JPM

Kenyataan dakwa KP JPA disiasat palsu, kata JPM

Jabatan Perdana Menteri menyifatkan penularan surat itu berniat jahat.

Jabatan Perdana Menteri meminta orang ramai tidak menyebarkan maklumat palsu.
KUALA LUMPUR:
Kenyataan media bertajuk ‘Siasatan Ke Atas Zulkapli Mohamed, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam’ bertarikh semalam yang didakwa dikeluarkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim adalah palsu, menurut Jabatan Perdana Menteri (JPM).

JPM menerusi akaun Facebook rasmi hari ini memaklumkan tindakan mengeluarkan kenyataan tersebut yang sedang tular menerusi media sosial ternyata berniat jahat dan mengelirukan rakyat.

“Orang ramai diminta untuk tidak menyebarkan atau berkongsi sebarang maklumat yang tidak pasti atau palsu,” menurut JPM.

JPM turut meminta orang ramai merujuk kepada akaun media sosial rasmi JPM melalui platform Facebook, Twitter, Instagram dan TikTok untuk berita sahih.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.