
KKM turut melaporkan 10,002 kes Covid-19 meliputi 9,904 penularan tempatan dan 98 kes import.
Daripada jumlah kematian itu, tujuh kes diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).
Jumlah kumulatif kematian kini mencecah angka 35,127.
Selangor dan Perak masing-masing mencatatkan angka kematian tertinggi, iaitu enam kes, diikuti Johor (lima), Pulau Pinang (empat), Negeri Sembilan (tiga), Pahang (dua) serta Kedah dan Sarawak (masing-masing satu).
Tiada kes kematian dilaporkan di Kelantan, Melaka, Perlis, Sabah, Terengganu, Labuan, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 179,619 kes aktif Covid-19 dilaporkan, termasuk 236 yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 140 memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sebanyak 23,302 kes sembuh turut dilaporkan.
Jumlah kumulatif kes Covid-19 direkodkan di negara ini kini ialah 4,256,469.