Melaka benarkan rapat saf solat di masjid, surau mulai Jumaat ini

Melaka benarkan rapat saf solat di masjid, surau mulai Jumaat ini

Ketua Menteri Melaka berkata, kelonggaran itu susulan pengekalan jarak masih ada, namun lebih rapat berbanding penjarakan satu meter sebelum ini.

Kerajaan Melaka membenarkan jemaah yang bersolat di semua masjid dan surau merapatkan saf mengikut saiz sejadah standard bermula 1 April.
MELAKA:
Jemaah yang bersolat di semua masjid dan surau di negeri ini dibenar merapatkan saf mengikut saiz sejadah standard bermula 1 April selaras fasa peralihan ke endemik Covid-19 di seluruh negara.

Ketua Menteri, Sulaiman Md Ali berkata, kelonggaran itu diberikan kerana pengekalan jarak masih ada, namun lebih rapat berbanding amalan sebelum ini, iaitu penjarakan satu meter.

“Kita benarkan solat jemaah jaraknya adalah antara satu sejadah, jadi masih ada sedikit penjarakan,” katanya selepas merasmikan gudang syarikat peruncitan Baloy Sdn Bhd (Baloy) yang pertama di Melaka.

Melaka sebelum ini memberi kelonggaran kepada pengurusan masjid menggunakan budi bicara mereka untuk mengawal penjarakan jemaah.

Ia susulan kerajaan negeri tidak menetapkan secara rasmi kebenaran merapatkan saf seperti di Perlis memandangkan Melaka mempunyai lebih 313 masjid dan surau bertaraf masjid yang menyediakan ruang mencukupi meskipun mengamalkan penjarakan fizikal.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.