Polis siasat insiden cubaan tarik kereta tanpa dokumen

Polis siasat insiden cubaan tarik kereta tanpa dokumen

Pengadu didatangi empat lelaki tempatan memaklumkan dia belum melunaskan pembayaran bulanan kereta miliknya.

Ketua Polis Daerah Bentong, Zaiham Mohd Kahar, berkata pihaknya menerima laporan daripada kedua-dua pihak pada hari sama serta merakam percakapan dan siasatan masih dijalankan. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Polis sedang menjalankan siasatan berhubung foto tular di akaun Facebook milik “Pengutip Besi Burok” mendakwa beberapa individu cuba menarik kereta tanpa dokumen sah.

Ketua Polis Daerah Bentong, Zaiham Mohd Kahar, berkata dalam kejadian kira-kira 6 petang 16 Mac lalu, pengadu lelaki berusia 40 tahun didatangi empat lelaki tempatan memaklumkan dia belum melunaskan pembayaran bulanan kereta miliknya.

Katanya, pengadu menafikan perkara itu dan meminta empat individu terbabit menyatakan bukti namun tiada sebarang dokumen diberikan.

“Hasil siasatan awal, pihak polis telah menerima laporan daripada kedua-dua pihak pada hari yang sama dan merakam percakapan, siasatan masih dijalankan,” katanya.

Sementara itu, Zaiham mengingatkan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan insiden tersebut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.