
Beliau berkata, ditambah lagi desakan dibuat Umno ini juga bukan bermakna Umno akan menang PRU15, sebaliknya mahu mandat dikembalikan semula kepada rakyat.
Katanya, sukar untuk membuat dasar dan keputusan sekiranya kerajaan yang ada kini tidak stabil dan contoh boleh dilihat di Melaka dalam pentadbiran terdahulu apabila ada Exco yang “besar kepala” dan tidak hadir mesyuarat penting.
“Mereka rasa jika tidak disebabkan sokongan, kerajaan Melaka sebelum ini tidak boleh dibentuk. Akhirnya, ‘katak’ ini melompat sehingga terjadinya pilihan raya negeri (PRN) Melaka pada Nov tahun lalu.
“Alhamdulillah, mandat besar diberikan rakyat Melaka kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) seterusnya pentadbiran kerajaan negeri kembali stabil,” katanya ketika membahas ucapan dasar Presiden Umno dalam Perhimpunan Agung Umno, menurut laporan Harian Metro.
Beliau yang juga Naib Ketua Pemuda Umno Melaka berkata, sayap parti itu memberikan kepercayaan penuh kepada pucuk pimpinan dan Perdana Menteri berbincang sebaik mungkin mencari tempoh sesuai bagi mandat dikembalikan kepada rakyat memilih.
Katanya, dengan kebaikan, rakyat akan senang kepada Umno dan pasti menjadi pilihan utama mereka.