27 mangsa banjir masih berada di 2 PPS di Selangor, Melaka

27 mangsa banjir masih berada di 2 PPS di Selangor, Melaka

13 mangsa daripada empat keluarga masih berada di PPS Dewan Orang Ramai Kampung Bukit Changgang, Kuala Langat, Selangor.

Di Melaka, 14 mangsa daripada tiga keluarga pula masih berada di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Penghulu, daerah Jasin, yang dibuka sejak 8 Mac. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Seramai 27 mangsa banjir daripada tujuh keluarga masih ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Selangor dan Melaka setakat pagi tadi.

Menurut laporan Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) yang dikeluarkan pada 8 pagi, 13 mangsa daripada empat keluarga masih berada di PPS Dewan Orang Ramai Kampung Bukit Changgang, Kuala Langat, Selangor yang dibuka sejak 8 Mac lepas.

Di Melaka, 14 mangsa daripada tiga keluarga pula masih berada di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Penghulu, daerah Jasin, yang dibuka juga sejak 8 Mac.

Katanya, PPS Sekolah RTB Bukit Changgang di Selangor ditutup sepenuhnya semalam.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.