Pengundi muda Johor gemuruh pertama kali undi

Pengundi muda Johor gemuruh pertama kali undi

Pelaksanaan Undi18 dan pendaftaran pengundi automatik menyaksikan hampir 750,000 pengundi baharu yang layak memilih pada PRN Johor.

Sanjena Ananthan dan Iqmal Aziq agak gemuruh ketika mengundi, namun mereka akan lebih bersedia pada masa depan.
JOHOR BAHRU:
Seperti kebanyakan parti politik dan pemerhati pilihan raya dapati, sukar diramalkan bagaimana pengundi muda akan memberi impak dalam pilihan raya negeri (PRN) Johor.

Dengan pelaksanaan Undi18 dan pendaftaran pengundi secara automatik bermula awal tahun ini, PRN Johor menjadi platform pertama bagi belia berusia 18 hingga 20 tahun, dan mereka yang tidak pernah mendaftar sebelum ini mengundi.

Beberapa pengundi muda berkongsi perasaan gemuruh apabila tiba di pusat mengundi untuk menunaikan tanggungjawab mereka buat julung kali.

Sanjena Ananthan, 18, mengakui rasa gemuruh semakin membuak selepas diarahkan ke saluran mengundi berbeza dengan ibunya, meninggalkan beliau berseorangan.

Bagaimanapun, pelajar kolej itu berkata, pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mesra membimbingnya sepanjang proses, sekali gus meredakan rasa gemuruhnya.

“Selain itu, ia agak menyeronokkan. SOP adalah baik, mereka melakukan sanitasi di tangan kami di setiap stesen. Aliranya lancar kerana tidak ramai orang.

“Saya hanya mengambil seminit untuk seluruh proses itu,” kata pengundi Perling itu di luar pusat mengundi Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Sutera.

Iqmal Aziq, 23, juga agak gemuruh untuk mengundi, namun beliau sudah melakukan “kajian” ke atas tiga calon bertanding di Perling – Liew Chin Tong daripada Pakatan Harapan (PH), Tan Hiang Kee (Barisan Nasional) dan Khoo Siaw Lee (Perikatan Nasional).

Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bersama Ketua DAP Johor, Liew Chin Tong, yang merupakan calon PH bagi kerusi Perling.

Iqmal yang belum layak mengundi pada pilihan raya umum 2018 berkata, beliau agak teruja selepas Undi18 diluluskan tahun lalu, tetapi tidak menyangka dirinya boleh mengundi begitu awal.

Sanjena dan Iqmal berharap kerajaan stabil boleh ditubuhkan di Johor dan lebih banyak peluang pekerjaan disediakan kepada belia.

Ikmal Iskandar, 26, yang tidak begitu begitu arif mengenai politik, hadir untuk mengundi di SK Taman Bukit Kempas.

“Saya hanya mengundi sesiapa yang disarankan ibu saya. Mungkin untuk pilihan raya umum akan datang, saya akan mempunyai lebih banyak pengetahuan tentang politik dan mampu membuat keputusan sendiri,” katanya yang kali pertama mengundi.

Pelaksanaan Undi18 dan pendaftaran pengundi automatik menyaksikan hampir 750,000 pengundi baharu layak memilih pada PRN Johor. Bagaimanapun, majoriti daripada mereka berusia 21 tahun ke atas dan tidak pernah berdaftar dengan SPR.

Dalam pada itu, Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ketika ditemui selepas mengundi di SK Taman Sutera berkata pengundi muda kurang tumpu kepada sesebuah parti politik atau gabungan dan akan mengundi berdasarkan parti mana mempunyai dasar baik yang disifatkannya perkara baik.

Seorang pengundi di Kempas, Md Yassin Idris mengundi parti sama dalam pilihan raya terdahulu, tetapi kali ini berdepan kesukaran memilih pada PRN Johor.

“Undi anda seperti emas yang akan dilaburkan demi masa depan anda. Inilah masanya melaksanakan tanggungjawab asas sebagai warganegara, dengan mengundi,” kata bekas Menteri Belia dan Sukan itu.

Ketika tumpuan terarah kepada pengundi belia, golongan pengundi berusia dilihat keluar beramai-ramai mengundi pagi tadi.

Di SK Taman Bukit Kempas, Md Yassin Idris, 77, yang tidak tahu sudah berapa kali mengundi berkata, ini mungkin kali keenam beliau menunaikan tanggungjawabnya.

Katanya, beliau akan terus mengundi pada setiap pilihan raya dan tidak sabar menunggu PRU15. Beliau mengakui berdepan kesukaran memilih calon pilihannya kali ini, situasi yang tidak pernah dialaminya sebelum ini.

“Saya mengundi parti sama sepanjang hidup saya. Tetapi, kini saya dengar pemimpin dalam parti yang saya sokong ini terbabit dalam jenayah. Ada mengatakan itu adalah fitnah, namun tuduhan itu sukar ditolak.”

Kempas antara dua kerusi yang menyaksikan pertembungan tujuh penjuru membabitkan calon PKR, Napsiah Khamis, calon BN, Ramlee Bohani, calon PN, Faizal Abdullah, calon Pejuang, Nornekman Osman dan tiga calon bebas.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.