
Annuar memberitahu Reuters menerusi pesanan teks, beliau akan mengadakan sidang media untuk mengumumkan keputusan berkenaan pada Rabu.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas butiran yang dibentangkan kepada Kabinet.
Syarikat komunikasi mudah alih mencadangkan kerajaan membenarkan pembekal 5G kedua, menurut sumber kepada Reuters pada Disember, susulan perbincangan antara penyedia perkhidmatan dan Digital Nasional Bhd menemui jalan buntu.
Syarikat penyedia perkhidmatan bimbang perancangan itu akan mengakibatkan monopoli yang lebih mahal berbanding menggunakan 5G mereka sendiri, walaupun DNB berkata ia akan mengenakan caj lebih murah untuk mengakses rangkaian 5G berbanding 4G.