
Mangsa berusia 24 tahun itu dikatakan melihat tawaran tersebut menerusi iklan di laman sosial Instagram pada 21 Feb lalu sebelum menghubungi nombor telefon tertera.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa menghubungi individu dikenali sebagai Ashley Ng yang mendakwa wakil kepada sebuah syarikat.
“Suspek kemudian meminta mangsa membuat pembayaran mengikut tugasan yang diberikan dan menjanjikan pulangan semula bayaran berserta komisyen sebanyak 10%.
“Tertarik dengan komisen tinggi itu, mangsa telah memasukkan wang tunai secara berperingkat ke dalam enam akaun bank suspek yang berbeza dianggarkan berjumlah RM47,125,” katanya menurut laporan Sinar Harian.
Wazir berkata, selepas memindahkan semua wang simpanannya, mangsa gagal menghubungi suspek bermula 23 Feb sehingga kini.
“Mangsa yang berasa dirinya ditipu kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pekan pada Selasa.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara setahun hingga 10 tahun selain sebatan dan denda jika sabit kesalahan,” katanya.