Peniaga rugi RM62,000 diperdaya sindiket tender

Peniaga rugi RM62,000 diperdaya sindiket tender

Polis berkata mangsa menerima mesej pesanan ringkas daripada seorang lelaki menyamar petugas Institut Latihan Perindustrian Marang pada 11 Jan lalu.

hacker scammer
Polis berkata suspek menawarkan projek membekal kabel elektrik kepada mangsa dan turut memberi nombor telefon rakannya menyamar sebagai pembekal kepada mangsa bagi memudahkan urusan pembelian barang.
KUALA TERENGGANU:
Seorang peniaga kerugian RM62,000 selepas diperdaya sindiket tawaran tender tidak wujud.

Ketua Polis Kuala Terengganu, Azli Mohd Noor, berkata mangsa berusia 37 tahun menerima mesej pesanan ringkas (SMS) daripada seorang lelaki menyamar petugas Institut Latihan Perindustrian (ILP) Marang pada 11 Jan lalu.

Beliau berkata, suspek menawarkan projek pembekalan kabel elektrik 16mm dan 2.5mm bernilai lebih RM60,000 dalam masa tiga hari kepada mangsa.

“Suspek turut memberikan nombor telefon rakannya yang menyamar sebagai pembekal kepada mangsa, kononnya untuk memudahkan urusan pembelian barang.

“Mangsa yang terpedaya telah menghubungi rakan suspek dan membuat dua kali bayaran berjumlah RM62,000 pada 25 dan 26 Jan lalu bagi mendapatkan bekalan,” katanya dalam kenyataan.

Azli berkata, mangsa mengesyaki ditipu selepas diminta membuat bayaran tambahan RM40,000 bagi pelepasan kastam.

Mangsa kemudian menghubungi ILP Marang bagi mendapatkan pengesahan berkaitan tender berkenaan dan perkara itu dinafikan institut terbabit.

“Mangsa membuat laporan polis pada 1.51 tengah hari semalam. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.