
Pegawai Pendidikan Daerah Pekan, Mohd Razali Mustafar dipetik Berita Harian berkata, pelajar yang menjalani kuarantin itu akan mengikuti penjadualan semula SPM seperti ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan (KPM).
Beliau berkata, pelajar yang dijangkiti tidak dibenarkan menduduki SPM seperti ditetapkan KPM bagi mengelakkan penularan tidak terkawal.
Justeru katanya, Pejabat Pendidikan Daerah Pekan menetapkan calon SPM yang bergejala perlu membuat ujian sebelum mereka dibenarkan memasuki dewan peperiksaan bagi membendung penularan Covid-19.
“Dalam kes ini, kita perlu mengikut arahan kementerian yang sentiasa mementingkan kesihatan dan keselamatan pelajar. Wabak Covid-19 tidak boleh diambil mudah kerana ia memberi kesan bahaya pada manusia.
“Saya harap jumlah calon SPM daerah ini yang positif Covid-19 tidak terus bertambah bagi mengelak pelajar tidak berpeluang menduduki peperiksaan,” katanya.
Setakat ini, 43 calon SPM disahkan positif Covid-19 di Pahang.