
Ketua Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Hamdan Samad berkata kemalangan itu melibatkan Toyota Hilux yang dipandu seorang lelaki berumur 27 tahun manakala Hyundai Starex dinaiki mangsa.
“Kemalangan berlaku disebabkan Toyota Hilux hilang kawalan dari laluannya (menghala ke Seremban) memasuki arah bertentangan (menghala ke Parlimen) dan menyebabkan bertembung dengan Hyundai.
“Rempuhan itu menyebabkan empat mangsa (satu lelaki, satu wanita dan dua kanak-kanak) di dalam kereta Hyundai meninggal dunia manakala pemandu Toyota Hilux mengalami kecederaan cedera ringan,” katanya dalam kenyataan.

Mangsa berumur 32 dan 31 tahun sementara anak mereka tiga dan empat tahun.