SPRM buka 4 bilik gerakan, permudah lapor rasuah, salah guna kuasa dalam PRN Johor

SPRM buka 4 bilik gerakan, permudah lapor rasuah, salah guna kuasa dalam PRN Johor

Bilik gerakan itu dibuka di Pejabat SPRM Johor; Batu Pahat; Kluang dan Segamat.

SPRM berkata aduan rasuah dan salah guna kuasa juga boleh disalurkan melalui aplikasi Whatsapp di talian 010-8414384 atau menerusi emel [email protected].
PETALING JAYA:
Empat bilik gerakan dibuka Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah serta salah guna kuasa dalam pilihan raya negeri (PRN) Johor.

Dalam satu kenyataan, hari ini, SPRM memaklumkan, semua bilik gerakan berkenaan beroperasi dari jam 8 pagi hingga 12 malam sepanjang tempoh kempen.

Maklumat boleh disalurkan ke Pejabat SPRM Johor, Kompleks Pejabat SPRM Johor, Jalan Persiaran Tanjung, Peti Surat 6000, 81200 Tampoi atau melalui talian 07-2316080.

Di Batu Pahat, Pejabat SPRM di JKR 84, Jalan Ampuan, Peti Surat 6000, 83500 Batu Pahat, Johor atau talian 07-4321982, manakala di Kluang melalui Pejabat SPRM Cawangan Kluang, Tingkat 3, Bangunan Persekutuan Kluang, Km 4 Jalan Batu Pahat, Peti Surat 6000, 86000 Kluang atau talian 077714610.

Bagi Segamat, Pejabat SPRM Cawangan Segamat, No 325 Jalan Buluh Kasap, Peti Surat 6000, 85720 Segamat atau hubungi talian 07-9317982.

“Orang ramai juga boleh menyalurkan sebarang aduan rasuah dan salah guna kuasa melalui aplikasi Whatsapp di talian 010-8414384 atau menerusi emel [email protected],” katanya menurut laporan Berita Harian.

SPRM juga mengingatkan semua calon dan parti politik yang bertanding agar tidak melakukan aktiviti boleh melanggar undang-undang dan peraturan pilihan raya selaras Akta SPRM 2009 dan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Pindaan 2012).

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.