
Kumpulan berkenaan berkata, isu perkauman dan agama didapati digunakan dalam mesej pilihan raya sebanyak 56%, dan 39% digunakan dalam mesej PH, menurut dapatan kajian membabitkan hantaran utama dalam saluran rasmi parti, termasuk jurucakap parti masing-masing.
Sebagai perbandingan, hanya 25% mesej pilihan raya Barisan Nasional (BN) berhubung isu kaum dan agama, dengan gabungan berkenaan menumpukan lebih kepada isu politik dan ekonomi.
Laporan berkenaan menyatakan, PH bagaimanapun lebih menumpukan kepada kritikan terhadap BN yang menimbulkan “perpecahan kaum dan budaya kroni”, manakala PN sering kali menggunakan agama, sebagai kempen dengan slogan “Islam Menyatukan Ummah”.
Pusat Komas berkata, PN juga kuat menyokong penutupan kedai nombor ekor empat angka dan mendesak penukaran nama wiski buatan tempatan, “Timah”, dengan PH menggunakan isu “Timah” untuk menunjukkan BN dan PN mengabaikan hak dan kemahuan bukan Bumiputera.
Kumpulan itu mendapati mendapati penggunaan kempen berhubung isu kaum dan agama menjadi “peralatan penting” bagi parti untuk meraih sokongan segmen tertentu pengundi.
Badan bukan kerajaan (NGO) itu memberi amaran, tindakan berterusan menggunakan kaum dan agama pada pilihan raya akan datang mampu memburukkan lagi ketegangan kaum, selain menghalang pembangunan negara.
Bercakap dalam pelancaran laporan itu, Pengarah Program Pusat Komas Ryan Chua, berkata beliau berharap melihat ahli politik dan parti mereka bertindak menjarakkan diri daripada menggunakan kaum dan agama dalam politik, sebaliknya menumpukan lebih kepada dasar menyeluruh, termasuk memberi manfaat kepada rakyat diwakili.
“Perbincangan berkenaan kaum dan agama diperlukan bagi merencanakan dasar, bukannya bagi mendapatkan sokongan politik.
“Kami berharap dalam PRN Johor dan juga pilihan raya umum akan datang semua parti mengambil langkah menjauhkan diri terjebak dalam politik kaum,” katanya.