
Katanya, perkara itu sedang diteliti, dengan KKM giat memantau situasi semasa penularan Covid-19.
Beliau berkata, jika sempadan negara dibuka, kerajaan tetap mahu pematuhan SOP dikekalkan.
Katanya, sebelum ini, Majlis Pemulihan Negara yang dipengerusikan Muhyiddin Yassin telah mencadangkan kerajaan mempertimbangkan pembukaan sempadan memandangkan kadar vaksinasi negara mencatatkan prestasi cemerlang.
“Mengikut laporan Nikkei Recovery Index, Pelan Pemulihan Negara berjalan dengan baik serta lancar, dan Malaysia antara negara terbaik di dunia dalam perkara ini.
“Maka, kita merasakan sudah sampai masanya dengan SOP baharu dan diperketatkan, kerajaan boleh menimbangkan perkara ini,” katanya dipetik Bernama selepas “Bicara Memperkasa Ekonomi Bersama Pemain Industri dan IKS Skudai” di Johor Bahru hari ini.