Pemandu pikap rempuh Vellfire akan direman selepas rawatan

Pemandu pikap rempuh Vellfire akan direman selepas rawatan

Polis berkata suspek akan direman untuk siasatan lanjut selepas selesai menjalani rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) di Temerloh.

Seorang ibu dan tiga anaknya dilaporkan maut selepas Toyota Vellfire yang dinaiki dirempuh sebuah pikap yang dipercayai melanggar lampu merah. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Pemandu lelaki yang didapati positif dadah selepas terbabit dalam kemalangan semalam mengorbankan empat beranak dalam kejadian di Kilometer 2 Jalan Lebu-Mempaga, Bentong, akan ditahan reman.

Menurut Ketua Polis Daerah Bentong Zaiham Mohd Kahar, suspek akan direman untuk siasatan lanjut selepas selesai menjalani rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) di Temerloh.

Hasil pemeriksaan dalam kenderaan suspek menemui satu tiub straw lutsinar berisi syabu dan mempunyai tujuh rekod lampau berkaitan dadah, kata Zaiham, memetik laporan Harian Metro.

Semalam, Bernama melaporkan kegembiraan lima beranak itu menghadiri kenduri kahwin berakhir tragedi apabila empat daripada mereka maut selepas kenderaan dinaiki dirempuh sebuah pikap.

Mereka terbunuh ialah suri rumah, Raihan Mohamad, 43, dan tiga anaknya Ahda Dalili Mohd Nazri, 14; Ahmad Muaz, 7; dan Ahda Imtinan, 4; manakala suami Raihan, Mohd Nazri Hamid, 43, seorang guru cedera di tangan kiri.

Polis berkata, impak kemalangan menyebabkan kenderaan mangsa remuk teruk di bahagian hadapan dan sebelah kiri manakala pikap itu rosak di bahagian hadapan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.